
izzahazhar98
5 tahun
Haid putus putus selama beberapa bulan
Saya perempuan berumur 21 tahun. Saya mengalami masalah yang mana saya telah datang haid selama 7-9 hari (kitaran haid biasa). Setelah bersih selama beberapa hari iaitu lebih kurang 4-7 hari, darah kembali keluar tetapi bukan berwarna merah. Darah berwarna coklat pekat tetapi cair dan tidak berketul. Darah keluar tidak banyak (hanya pakai pad slim sahaja). Untuk tahun ni, keadaan ini baru bulan ni je berlaku. Pada tahun 2014 hingga tahun 2017, saya juga telah ke klinik untuk mendapat rawatan. Tetapi kata doctor mungkin hormon tidak stabil dan saya diberikan ubat. Untuk tahun tahun tersebut haid saya okay, keadaan seperti di atas berlaku hanya beberapa bulan (2-3 bulan). Ia berlaku bukan sepanjang 3 bulan tersebut. Haid berlebihan itu akan berhenti selepas 5-7 hari. Apakah masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan berlebihan selepas tamat haid anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.