
Shaylee
6 tahun
Haid saya tidak menentu
Assalamualaikum, doktor sy nk tnya… Sy ad msalah haid tidak teratur… Tpi pada blan ini Mac haid sy berpanjangan tetapi sedikit, kadng2 ad selang 2,3 hari ad plak… Pastu ad plak… Mcm mna tuh doktor. 23 februari sampai 10 Mac sy datang blan… Pastu hri nie 18 Mac tiba2 keluar plak… Mcm mna tuh doktor

6 tahun
Salam sejahtera.
Kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai masalah. Antaranya masalah ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh beberapa perkara dan penyakit. Salah satu penyebab kitaran haid tidak teratur ialah stres. Berat badan yang lebih atau kurang juga merupakan salah satu faktornya. Selain itu, masalah kesihatan seperti kelenjar tiroid yang terlampau aktif atau terlampau tidak aktif akan mengubah metabolisme badan. Untuk mengetahui masalah ini, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap hormon tiroid anda.
Selain itu, PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome merupakan penyakit yang menyebabkan terdapatnya banyak tisu atau cyst yang mengandungi cecair di dalam ovari. Cyst ini mengeluarkan hormon lelaki yang dipanggil androgen. Ini menyebabkan simptom seperti jerawat dan bulu yang banyak di muka, dagu dan badan. Pesakit PCOS juga kebiasaannya mempunyai berat badan yang berlebihan.
Saya sarankan agar anda berjumpa dengan doktor. Perubahan gaya hidup adalah sangat penting dalam menangani masalah ini. Ubat kontrasepsi yang mengandungi oestrogen dan progesterone mungkin akan diberikan. Diharap ini membantu.