
Sulit
5 tahun
Haid sebulan dua kali
Assalamualaikum Dr… Saya ingin bertanya, umur saya dlm 20an dan belum berkahwin… Pada bulan julai haid saya datang sbnyk dua kali yg pertama 8jul-14jul kemudian yg kedua 27jul-2ogos… Selang dlm 5 hari selepas haid kedua kluar semula darah tapi tak bnyk dan darah trsebut berwarna coklat bercampur merah. Boleh saya tahu adakah normal dan apakah puncanya? Dan apa yg perlu saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan dan tidak teratur
ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala tambahan seperti hilang berat badan, sakit perut
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.