Sulit
6 tahun
Haid sedikit. Kitaran haid sebelom ni normal
Saya nak tanye dalam 4hari ni saya datang haid tetapi hanya sedikit sangat. Kitaran haid saya normal sebelum ni dan ini adalah kali pertama. Adakah ini normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari, manakala tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Walaupun pendarahan haid berlaku hanya sedikit, ia tidak semestinya anda mempunyai masalah. Sekiranya terdapat perubahan ketara terhadap kitaran haid dan kesihatan anda, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























