
Sulit
4 tahun
Haid Sedikit Selepas Buat Suntikan Hepatitis B kali ke-3
Hai doktor.Saya wanita berumur 23 tahun. Masih bujang. Pada 9/2/21 saya telah membuat suntikan hepatitis B dos ketiga. Dos ketiga ini juga sangat berbeza sakitnya berbanding dos pertama dan kedua dulu. Pada masa yang sama saya telah datang period. Cuma darah yang keluar tidak seperti selalu. Darah haid saya sangat sedikit pada hari pertama, kedua dan seterusnya. Hal ini sangat membimbangkan saya. Adakah punca darah haid saya sedikit disebabkan suntikan dos Hep B ini ? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan haid yang sedikit. Untuk makluman anda, kesan sampingan setelah vaksinasi hepatitis B yang bersifat sementara walaupun jarang, adalah demam dan kelesuan badan. Namun, bagi masalah perubahan sifat pendarahan haid adalah termasuk dalam kesan sampingan yang tidak pasti kerana tiada bukti kajian mengenainya yang dipersetujui pakar.
Akan tetapi, masalah haid yang sedikit atau light period boleh disebabkan atas beberapa faktor, antaranya ialah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang isteri anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid yang sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!