
Sulit
4 tahun
Haid selama 15 hari dan selepas 7 hari terdapat tompokkan darah
Salam sejahtera Dr. Saya wanita berusia 21 tahun. Baru baru ini saya mengalami period yang agak lama iaitu selama 15 hari. 1-7 hari darah yang keluar hanyalah tompokan dan tidak banyak. Kemudian 7-15 hari darah haid keluar seperti biasa dan berhenti. Selepas 7 hari berhenti period, saya didatangi tompokan merah pada seluar dalam saya. Saya sudah me cuba pregnancy test dan hasilnya negatif. Adakah saya perlu mencuba lagi ? Mohon pencerahan Dr. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yan tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Bagi keraguan anda tentang kehamilan, terdapat beberapa tanda-tanda kehamilan yang klasik:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- .Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!