
Sulit
4 tahun
Haid selepas hubungan seks
saya wanita umur 24 tahun , saya telah berhubungan seks pada 13 mau yang lalu tetapi tidak masuk ke dalam vagina . pada 25 mac saya mendapatiada garis hitam di perut serta mual . pada 5 june saya haid selama 7 hari dan kembali merasa mual selepas haid . apakah saya mengandung ? keputusan upt masih negative . mohon jelaskan dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kehamilan hanya akan berlaku sekiranya penembusan zakar ke dalam faraj serta melepaskan sperma ke dalam faraj harus berlaku tanpa perlindungan. Sekiranya tiada penembusan berlaku, maka peluang untuk anda mengadung tiada. Berdasarkan situasi yang anda terangkan, oleh kerana anda telah mengalami haid, ianya adalah bukti bahawa anda tidak hamil. Melainkan sekiranya anda menjalani hubungan intim lagi selepas tamat haid anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.