
hsnahmzh
5 tahun
Haid semakin sikit dan tidak teratur
Saya seorang wanita berumur 23 tahun, mengalami perubahan dalam kitaran haid. Dari mula haid (13 tahun) sampai sekarang, selalunya tempoh haid normal saya 7-10 hari, hari 1-5 heavy flow dan selebihnya light dan keluar tak menentu. Selalunya ada senggugut dan tak selesa selama time period. Tapi sejak kebelakangan ni dalam 3 bulan lepas, saya mula perasan yang period saya keluar makin sikit. Senggugut dan ketidakselesaan tu dah hilang, but so as the period. Dia punya perbezaan flow tu sangat ketara. Kenapa eh? Adakah saya patut risau?
Additional info: Saya start makan prescribed anti-depressant & gastritis medications, escitalopram oxalate 15mg & omeprazole 20mg since December 2019.
Harap doktor boleh bantu bagi pencerahan sedikit sebanyak pada saya.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.