zahirah.daquarian
5 tahun
Haid setiap bulan namun kitaran tidak tepat
Salam sejahtera doc,
Saya seorang wanita, 27 tahun, baru sahaja 2 bulan+ mendirikan rumah tangga. Sebelum berkahwin saya memang remark cycle days setiap kali haid. Namun selepas berkahwin saya mula mendapati bahawa saya haid setiap bulan, (bagi tahun 2018,2019, dan Januari 2020) namun kitaran haid saya ialah tidak tepat dan tetap. Di antara 24hari-29hari.
Adakah ini normal atau berkaitan dengan symptoms masalah kesihatan wanita?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Justeru dalam kes anda, haid anda masih dalam batas normal.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.



























