
Sulit
4 tahun
Haid tak teratur melebihi kitaran haid yang dijangka..haid yg dihadapi saya lain drpd yg lain kerana …saya tidak dtg bulan selama 4/5 bulan dan setelah itu saya dtg bulan selama 3 minggu berturut turut
saya wanita 19 tahun…sejak form 1 saya dtg bulan saya mengalami haid yang tidak teratur …saya akan dtg bulan selepas 3/4 bulan tidak datang haid…dan sampai skrg perkara ini sering terjadi dan ada 1 tahap yg 6/7 bulan sya tak dtg haid dan selpas dari itu saya dtg haid selama 1 3 minggu …boleh saya tahu apa yg patut saya lakukan seterusnya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Masalah haid yang tidak teratur atau tidak datang haid tanpa sebab yang jelas memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.