Anonymous
5 tahun
Haid tak teratur sebulan datang dan sebulan seterusnya tak datang
Saya wanita berumur 21 tahun… saya mahu tanya ada normal… haid sayang datang tak teratur… bermula puasa th ini saya tak datang sebulan… bulan 6 pasa tarikh 23.6 saya datang haid kitaran hari normal sahaja… bila bulan 7 ini 23.7 saya tak datang pula haid… ada kah masalah saya berat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tgerdapat pelbagai masalah yang boleh menyebabakan masalah haid tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























