Sulit
4 tahun
Haid tak teratur selepas mangambil pil perancang postinor
Saya berumur 21 tahun, pada bulan lalu, saya telah mengambil 2 kali pil perancang keluarga postinor. Pertama pada akhir bulan 12, kedua pada awal bulan 1. Selepas tiga hari pengambilan pil kedua, saya telah datang pendarahan mcm haid selama seminggu. Lpas tu, sampai sekarang saya tak datang haid. Adakah tu normal lpas ambil pil postinor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Berdasarkan keterangan bahawa anda telah mengambil pil perancang kecemasan tersebut, masalah haid anda berkemungkinan disebabkan hal tersebut. Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur merupakan antara kesan sampingan sementara pengambilan pil ini. Namun, gejala haid atau perdarahan yang anda alami setelah pengambilan pil kedua, ianya merupakan petanda keberkesanan pil tersebut.
Masalah haid tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























