
shakugan71
4 tahun
Haid tanpa ovari dan bolehkah hamil dengan satu ovari
saya nak tanya bolehkah wanita datang haid tanpa ovari atau pun telur…dan jika satu ovari dibuang masih bolehkan wanita itu hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, wanita tidak boleh datang haid jika kedua-dua ovari tiada. Hal ini kerana ovari akan menghasilkan telur yang kemudiannya menghasilkan hormon untuk menyiapkan rahim untuk implantasi telur yang berjaya disenyawakan.
Namun begitu, wanita masih boleh mengandung dengan hanya satu ovari.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penerangan lanjut kepada masalah anda. Terima kasih.