
Sulit
3 tahun
Haid tdak teratur dan adakah tanda sy Hamil?
Sy wanita dalam 30an,pada 10hb7 iaitu bulan lalu sy hanya datang haid selama 2hari ,dan 15hb7 sy telah bersma dengan suami,pada 11hb8 baru2 ni sy ada datang haid jugaa 1hari setengah, darah yg tdak terlampau banyak,seperti darah haid,… Hari ini petang ada lendir seperti putih telur kluar dari faraj… nak tahu adakah sy Akan Hamil?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kegelisahan anda yang mengalami masalah haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur biasanya dapat dikaitkan dengan kecelaruan hormon yang berlaku dalam badan. Perubahan hormon ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Gangguan tekanan
- Berat badan yang berlebihan atau berkurangan
- Aktiviti fizikal yang berat
- Anemia
- Penggunaan ubat perancang atau kesan sampingan ubat lain
- Masalah tiroid
- PCOS
- Ketumbuhan dalam rahim atau serviks
Kami tidak dapat memberikan anda diagnosis yang tepat mengenai masalah anda kerana kami memerlukan maklumat perubatan yang lebih lengkap serta pemeriksaan fizikal. Untuk mengetahui jika anda hamil atau tidak, anda boleh mengambil ujian UPT selepas 1 minggu. Sekiranya masalah ini berlarutan, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar sakit puan kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan