
Sulit
3 tahun
Haid / Telinga berbunyi pop pop / bagaimanakah cara yang betul untuk membuang tahi telinga
Haid datang tidak teratur , telinga berbunyi pop pop tetapi tidak kerap dan baru berlaku ,macam mana nak buang tahi telinga dengan betul ???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami faham bahawa anda mempunyai masalah telinga berbunyi pop pop yang baru berlaku. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, bunyi pop di dalam telinga boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- telinga tersumbat oleh tahi telinga - antara cara untuk membersihkannya adalah dengan menggunakan ubat tahi telinga
- perbezaan tekanan udara
Namun, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- jangkitan telinga
- otosklerosis
- pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
- faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
Anda amat disarankan untuk bercakap doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.