
Sulit
5 tahun
Haid terlalu sedikit
Saya berumur 40 thn
Pernah menjalani miomektomi sebanyak 2 kali iaitu pada 2007 dan 2017…fibroid sy amat banyak…pembedahan pertama dgn 29 biji dan kedua sehingga 30biji dan seberat lebih 0.6kg.haid sy teratur sehingga bulan lepas lewat 7 hari…dan hanya setitik sahaja darah setiap hari utk 4 hari…dan bulan ini hanya sehari sahaja. Adakah saya mengalami gejala premenopaus?
Sy juga mengalami gejala terbuang air kecil hanya dgn terbatuk, bersin atau kadang2 hendak rukuk pon boleh terkencing.
Apa yang sy perlu lakukan untuk haid sy lebih teratur kerana sy masih belum mempunyai anak.
Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.