
Sulit
4 tahun
Haid tidak berhenti selepas pengambilan pil perancang
Saya berusia 29thn mempunyai 2 org anak dan slpas mlahirkan anak ke-2 sy mengambil pil marvelon slma 3thn 8bln. Saya berhenti bln november 2020 yg lpas. Tp mula nya sy period spt biasa & slepas seminggu period lagi dan stop. Dan awal Disember 2020 shingga skrg sy masih period dan haid sy sgt sdikit. Adakah ianya kesan dr pengambilan pil tersebut. Adakah sy perlu pergi ke klinik utk rawatan lanjut. Apa cadangan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami masalah haid tidak teratur:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Perimenopaus
- Masalah kelenjar tiroid dan pituitari
- Penggunaan pil perancang
- Stres dan tekanan
- Ketidakseimbangan hormon
- Struktur anatomi yang tidak normal
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanya pandangan kami mengalami masalah sedemikian. Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut bersama doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.