
Syazniliyana952
5 tahun
Haid Tidak Datang Betul Pada Tarikh Sepatutnya
Hi doc saya nak tanya, patut tak saya pergi beli pregnancy test? Sbb saya baru kahwin 23/11 haritu. 22/11 saya dtg bulan. Tapi tarikh 22 tu dtg sikit sgt darah and stop mlm tu sampai 23/11 seharian tarikh tu. Kira 24/11 tu baru dtg balik. Period saya teratur. Tapi bulan ni, masuk tarikh harini saya belum dtg bulan. Dan saya rasa tk selesa. Sembelit dan selang hari nak membuang air besar. Saya perlukan suggestion dari doc apa yang perlu saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid lewat yang memberi indikasi kehamilan kebiasaannya selepas seminggu atau dua minggu lewat haid.
antara punca sembelit adalah:
- kurang minum air
- kurang pengambilan serat seperti buah-buahan
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.