
Sulit
3 tahun
Haid tidak datang walaupun ujian kehamilan negative
saya wanita yang berusia 25 tahun.
pada 2 bulan lepas saya telah melakukan hubungan seks, setelah 2 minggu saya telah datang bulan.
tetapi pada bulan ini saya masih lagi belum datang haid (lewat 15 hari pada tarikh sepatutnya) saya telah membuat ujian kehamilan keputusanya adalah negative sebanyak 2 kali (pukul 6 petang dan pukul 5 pagi esoknya)
persoalan saya bolehkah saya hamil tapi saya telah datang haid setelah 2 minggu melakukan hubungan seks?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut penerangan anda, kami memahami anda telah mendapat haid 2 minggu selepas hubungan seksual. Kini anda mengalami gejala haid lewat selama 15 hari dan ingin mengetahui jika anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya berlaku sekiranya proses persenyawaan berlaku. Sekiranya proses persenyawaan tidak berlaku, maka pendarahan haid akan berlaku. Memandangkan anda telah mendapat haid selepas menjalankan hubungan seksual, anda tidak mengandung. Namun, jika anda mengadakan hubungan seksual selepas haid tamat dan masih belum mendapat haid, ada kemungkinan untuk anda hamil.
Selain kehamilan, masalah haid lewat juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Gangguan tekanan
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- PCOS
- Penggunaan ubat perancang
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat diketahui.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan