
fantasypoison
5 tahun
Haid tidak kunjung tiba tetapi upt negatif
Hai saya atiqah, saya dah berkhawin, last saya datang bulan 18/5/2019 , sepatutnya 18/6/2019 saya period, tapi tak keluar sampai sekarang, tarikh yang sepatutnya saya period masa tu cuma Ada keluar lendir merah sikit, tu pun semasa buang air kecik sahaja, semalam saya ada check upt, tapi negatif, sampai bila ye saya kena tunggu untuk pergi ke klinik, terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, upt boleh menjadi negatif meskipun anda sedang mengandung terutamanya pada peringkat awal kehamilan. Selain dari itu terdapat juga sebab lain untuk negatif upt seperti
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Anda boleh mengulang kembali upt dan jika ada sebarang kemusykilan tentang ketiadaan haid anda, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada kemusykilan anda. Terima kasih.