
Sulit
5 tahun
Haid tidak lancar lately ni
assalamualaikum doktor .sy berumur 20 thn .sy dapati period saya tidak lancar lately ni .sy dh beli ubat sunolut .tp tktau macam mana nk consume ubat tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan sedikit dalam kalangan wanita muda ialah
- Gangguan hormon di dalam badan- Keadaan ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.
Namun demikian, untuk mengetahui dan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai masalah cik, maklumat tambahan adalah diperlukan. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tanpa mengetahui punca haid anda tidak teratur. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Terima kasih.