
Anonymous
5 tahun
Haid tidak lancar selama sebulan lebih
saya wanita 24 tahun dan belum berkahwin. saya sudah tidak dtg haid selama sebulan lebih Start bulan 5 . minggu Ini ketika sya ingin membuang air kecil di toilet, sya lihat ada darah keluar itupun sedikit sja.
saya anggap sudah dtg period kerana muka naik jerawat banyk dan rasa sakit belakang
tetapi sudah msuk hari ke 3 tidak ada darah. adakah saya harus tunggu untuk tempoh semnggu lagi?
dari segi pemakanan sya ada makan supplemen vit c, dan juga ada tekanan tempat kerja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan sedikit dalam kalangan wanita muda ialah
- Gangguan hormon di dalam badan.
(Keadaan ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.)
Namun demikian, untuk mengetahui dan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai masalah cik, maklumat tambahan adalah diperlukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.