Anonymous
6 tahun
Haid tidak menentu dengan keputihan
Saya wanita berumur 20 tahun. Sejak kebelakangan ini,haid saya jadi tidak menentu. Kali terakhir saya datang haid adalah pada 23 April hingga 3 May lepas dan sepatutnya tarikh haid seterusnya pada 23 May lepas akan tetapi sya lewat selama 9 hari sebelum ada darah keluar pada 1 Jun. Namun ianya hanya sedikit semasa saya buang air kecil dan hanya tompokan coklat selama sehari selepas itu.Seterusnya hanya keluar keputihan pekat bewarna putih. Semalam terdapat lagi darah yang keluar seperti 1 jun lepas dan selepas itu kembali menjadi keputihan bewarna putih. Sebelum ini tidak pernah lagi terjadi seperti ini. Boleh Doktor beri pendapat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti punca kepada gejala anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih



























