Sulit
4 tahun
Haid tidak menentu
Selamat malam doc, saya period hanya 2/3 hari sja hari ke 4 5 6 dan seterusnya tak kluar dah. tapi minggu seterusnya dia brulang lagi. boleh doc terangkan lebih detail apa yg terjadi dgan kitaran haid sya? Saya berumur 21y, saya period pun tak Banyak.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang maslah haid anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























