
Anonymous
5 tahun
Haid tidak normal, tapi tidak hamil
Hai Dr, saya wanita berumur 24 saya ada anak 2org, sy pernah ambik pil perancang tp dah stop baru2 sebulan yg lalu, tapi smpai sekarang saya masih tk haid lagi sudah 2bulan. Tapi saya tak hamil. Tq doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, haid yang tidak datang setelah pemberhentian pil perancang adalah kerana tubuh badan anda mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan tahap hormon baru. Maka, ini menyebabkan haid yang tidak teratur selama beberapa bulan. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan suntikan perancang, ia boleh mengambil masa sehingga 1 tahun untuk haid anda menjadi normal seperti biasa lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.