Sulit

4 tahun

Haid tidak teratur dan datang tidak menentu

Saya mastura 15 tahun , masaalah saya haid saya x datang sudah hampir 5 bulan tp saya xdak pulak sakit dimana ii puncanya apa ya doktor? And kalau datang tu dulu lama jugak belas ii hari tp sekarang dlm 8 atau 7 hari , ibu saya ada jugak belikan vitamin untuk lancarkan haid tp still macam tu jd…apa puncanya? Dan apa yg patut saya lakukan? Terima kasih doktor.

Salam sejahtera Mastura, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.

Ini hanya pandangan kami secara am mengapa anda mengalami keadaan sedemikian dan kami faham bahawa anda risau tentang keadaan haid anda yang tidak teratur.

Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini adalah normal dalam segelintir wanita yang sihat kerana ketidakseimbangan hormon yang mempengaruhi kitaran haid. Namun begitu, ia juga boleh memberi maksud seseorang wanita mempunyai penyakit berkaitan dengan haid jika mengalami gejala-gejala seperti sakit payudara, masalah kesuburan, senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta penurunan berat badan secara mendadak tanpa mengetahui sebabnya.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Terdapat beberapa faktor yang dapat menjelaskan keadaan anda:

  • Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
  • Gangguan stress
  • Berat badan yang tidak seimbang
  • Jangkitan STI (Sexual transmitted infection)
  • Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
  • Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
  • Ketumbuhan fibroid atau polip di dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
  • Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
  • Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
  • Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Menurut dari situasi anda, kemungkinan besar bahawa gejala haid tidak teratur anda adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti yang dikatakan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda mencuba teknik-teknik ini untuk memperbaiki kitaran haid anda iaitu:

  • Kurangkan stress
  • Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
  • Cukupkan rehat dan tidur
  • Amalkan senaman yang seimbang (tidak kurang dan tidak lebih).
  • Banyakkan minum air
  • Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat

Jika perkara ini berlaruta, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan klinikal untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jika anda masih mempunyai pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi di atas talian. Terima kasih

AdobeStock_54740435

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)