
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur dan keluar darah sikit ketika bukan waktu haid
Saya remaja berumur 20 tahun mengalami haid tidak teratur dan selalu keluar darah sikit-sikit ketika bukan waktu haid. Adakah ianya normal atau tidak? Mohon penjelasan dari doktor. Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kitaran haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah haid datang lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu aktif dan sibuk
- tekanan emosi
- kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- masalah PCOS
- masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Selain itu, pengeluaran darah yang sedikit boleh disebabkan oleh umur, berat badan, kawalan kelahiran dan juga masalah PCOS. Kami menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.