
rafidahdidi
5 tahun
Haid tidak teratur dan kencing ada darah
saya wanita bujang berumur 26 tahun,saya mengalami masalah berat badan naik,saya dapati haid saya tidak teratur,kadang-kadang ianya cepat datang dan kadangkala ia lambat datang.dan selepas saya habis period,selang 1 minggu ketika kencing saya dapati ada darah tetapi tidak bercampur air kencing,ianya keluar seperti keputihan.setiap kali kencing hal yang sama berlaku.saya risau tentang masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Masalah kencing darah disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan salur kencing
- jangkitan kelamin
- batu karang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.