
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan nak thu puncanya
saya tidak dtg haid selama 3 bulan…dan sya tidak bersama suami…tetapi risau sbb kedtgn haid saya tk teratur…sblum ni teratur…tpi last bulan 9 haritu lpstu bulan 10,11,&12 tidak dtg…bawa perut,pinggang sakit2 mcm dtg bulan…perut membuncit berat bafan mningkat…saya tk thu knp doktor…sblum ni pernah kena…sya ade gi klinik swasta…doktor tgok pernah tersumbat…klu bersama tk mjdi…doktor bgi ubt utk lncarkn haid…tpi saya tk thu ubt tu kemna…sbb hilng…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.