jiehahjaafar
6 tahun
Haid tidak teratur dan sakit perut bahagian kanan bawah
saya wanita dalam 20an… sy mengalami haid tidak teratur semenjak umur saya 12 tahun lagi. saya mengalami sakit perut yang teramat sangat pada bahagian perut kanan bawah dan sekitar rahim saya… saya ada berjumpa dengan doktor pakar dan ada cyst… akan tetapi cyst itu hilang begitu sahaja… doktor cadangkan untuk membuat pembedahan laparoscopy investigation dan dapati semuanya normal… akan tetapi saya masih lagi mengalami sakit perut yang sama hampir swtahun sekarang dan kitaran haid masih seperti dulu tak menentu dan jik datang haid lebih 15 hari… dan kadang-kadang, keluar darah ketulan besar dan sangat menyakitkan… boleh doktor terangkan penyakit saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



























