
syamimizolkifli
5 tahun
Haid tidak teratur selama 2 tahun
Saya berumur 18 tahun, saya ada masalah haid yg tidak teratur, haid saya mula datang masa umur saya 14 tahun sepanjang umur tu haid saya normal saja datang waktu yg betul, tapi masa hujung tahun tu haid saya x datang selama 2 tahun, smpai saya umur 17 tahun (form 5) haid saya hanya datang sekali saja tapi ia datang 7 hari cukup pada bulan 4 mcm tu, dia datang sekali tu saja dan lepas tu dia x datang smpai hari ini, saya nak mintak nasihat dan ulasan dari doktor, saya harap doktor dpt nyatakan. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.