
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur selepas mengambil suntikan depo selama satu tahun. Kitaran haid semakin panjang setiap bulan. Adakah masalah kesuburan?
Saya wanita berusia 30 tahun. Mempunyai sejarah haid tidak teratur sejak remaja. Selapas melahirkan anak yang pertama pada usia 26 tahun, saya mempunyai haid yg normal dan teratur. Saya kemudiannya melahirkan anak yang kedua pada usia 27 tahun dan mengambil suntikan depo setelah itu selama 1 tahun. Saya tidak keluar haid dalam tempoh 2 tahun sejak mengambil suntikan itu. Sekarang haid saya kembali tidak teratur dan sering lambat. Contohnya bulan januari kitaran haid saya ialah 30 hari, februari 35 hari dan march 40 hari. Adakah ini akan membuat saya tidak subur dan bagaimana hendak menyelesaikannya. Say juga mempunyai psoriasis. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid tidak teratur adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Apabila darah datang semula, kemungkinan haid anda telah kembali.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih