
hana36860
5 tahun
Haid tidak teratur/ terlewat datang haid
Salam saya wanita
Umo 22 tahun
Saya mngalami haid tdak teratur sjak dari zaman skolah mngah lgi , haid sy slalu skip 1,2 bulan lebih .pada tahun 2019 sy tdak haid pada bln 4,5 pada hujung bln 6 sy haid mcm biasa … pada bulan 7 sy trlewat datang haid lg dan pda bln 8 sy datang haid mcm biasa .bln 8 mrpkan haid sya yg trakhir , sya tdak datang haid pda bln 9,10,11 shingga harini .dr bole bantu sy ?
Adakah ini sbb sy mgalami tekann ? Berat badan dan mslah sukar tido ?
Boleh dr bantu sy ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.