
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur tiba tiba
Saya berumur 30 tahun, belum berkahwin.dtg haid umur 11 tahun, selalunya tiap2 bulan akan dyg dlm 7-8 hari, setiap 26-29 hari.tetapi sejak bulan sep 2019, haid sy menjadi tidak teratur. Kdg2 42 hari, 30 hari dah yg paling awal 22 hari.dan sejak bulan 12 yg lalu period sy menjadi sgt sedikit.hanya keluar lendir coklat sedikit sedikit setiap hari.pada 12 feb yg lalu keadaan yg sama berlaku di mna hanya kluar sedikit lendir coklat, selang sehari hingga hari ketujuh. Kemudian tiba tiba hari ni(hari ke 13) keluar darah merah seperti haid normal sebelum ini sedikit sedikit.sebelum ini saya ad mengalami sekidit pendarahan bersama lendir pada hari ke 15. Sy tidak mengalami kurg selera mkn atau kurg berat badan. Adakah sy mengalami apa2 penyakit?apakah langkah selanjutnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.