
Sulit
4 tahun
Haid yang berat dan kitaran tidak normal
Saya berumur 38 tahun. Sejak akhir 3 bulan ni, saya mengalami haid yang agak berat tapi dalam masa 5 hari. Kitaran haid saya 26 hari. Saya akan merasa pening dan sakit pinggang.Adakah ini disebabkan perubahan hormon atau penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi boleh dikategorikan sebagai haid yang tidak teratur. Masalah haid tidak teratur dipengaruhi oleh penurunan dan peningkatan kadar hormon dalam badan. Haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- normal bagi segelintir wanita - namun, kebanyakan wanita pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka
- Umur (Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja)
- Berat badan dan diet (Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda)
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) (Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang)
- Ubat-ubatan (Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid)
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!