
Anonymous
5 tahun
Haid yang mencurigakan
Saya seorang wanita berusia 41 tahun mengalami masalah haid. Saya didatangi haid pada 29hb Jun tetapi hanya keluar berwarna coklat cair dan sekejap ada sekejap tiada, pinggang dan perut saya sakit. Adakah haid saya tersumbat atau saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Umtuk makluman pihak puan, darah implantasi kehamilan biasanya adalah sedikit dan berlaku seketika sahaja. Namun pada awal kehamilan, sedikit pendarahan boleh berlaku. Selain kehamilan, pendarahan yang anda alami dipanggil spotting boleh disebabkan oleh:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Terdapat juga kemungkinan aliran darah haid anda kurang lancar atas faktor-faktor tententu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.