
Sulit
5 tahun
Haid yang tidak normal
Hi, selamat sejahtera. Saya ada period yang tidak normal. Disebabkan itu selepas melakukan hubungan darah haid saya terhenti. Adakah masalah itu serious? Dan saya risau saya akan hamil kerana saya mengalami kram ringan di perut selepas 4 hari darah berhenti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kelewatan haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hamil
- Umur: Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet: Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda)
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS):
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Bagi masalah kitaran haid yang tidak normal, ianya boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga disarankan untuk membuat ujian pengesahan kehamilan untuk mengetahui status kehamilan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.