
Sulit
5 tahun
Haid yang tidak teratur dan haid yang lambat
Hi dr sy nak tnya berkenaan masalh sy, sy sblm ini pernah mengambil perancang berbentuk suntikn n sy dah stop ambl perancang start buln 11.2019 ,tapi sy tdk pernah dtg haid dri sy stop megambil suntikan , n 1/4/2020 sye dtg haid slma 5 hri dan pda tarikh 15/4/2020 skli lg sy bngn pgi dan terlihat ada sedikit darh d seluar dlm sy ?apa kh yg brlku thdp sy dr??? Mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (kemungkinan kesan sampingan suntikan perancang yang andq ambil)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.