
Sulit
4 tahun
Haid yang tidak teratur sehingga sekarang
Saya remaja berumur 19 tahun mengalami haid yang tidak teratur. Kali pertama saya datang haid pada umur 13 tahun dan pada mulanya haid saya teratur tetapi pada umur saya 14 tahun haid saya tidak teratur sehinggalah sekarang. Pada umur saya 15 tahun haid saya kembali normal spt biasa tetapi hanya sekejap sahaja kerana setelah itu haid saya kembali tidak teratur semula.saya pernah tidak datang haid selama 6 bulan. Dan sekarang saya datang haid 1 bulan skali atau 2 bulan skali atau 3 bulan skali. Saya pernah beberapa kali pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan tetapi setelah itu doktor mengesahkan saya tidak ada penyakit dan mengatakan mungkin hormon saya tidak stabil. Saya juga kadang² mengalami senggugut ketika haid. Dan adakah normal jika tidak datang haid tetapi tidak ada sebarang penyakit? Mohon penjelasan doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya kami tentang soalan yang berunsur peribadi dan sensitif ini. Oleh itu, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan fakta yang sahih dan tepat.
Anda telah mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur kadang kadang sebulan sekali atau dua bulan sekali. Hal ini pasti merunsingkan anda kerana anda juga mempunyai senggugut dan telah berjumpa dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami. Anda juga dinasihati untuk tidak lagi mengambil untrogestan
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!