
Sulit
4 tahun
Haid yang tidak teratur tetapi tiada kesakitan yang dialami
saya berusia 24 tahun saya mengalami masalah haid yg tidak teratur sejak di usia 14 tahun lagi, sering follow up medical check dulu, dan selalu menerima keputusan yang tidak membimbangkan juga, tetapi 2 tahun sudah saya tidak pernah mendapatkan mana2 rawatan berkaitan masalah ini,sbb saya menanggap ini masalah yang memang biasa saya alami,terakhir kali saya mengalami haid tahun ini ialah pada bulan may dan june saja , adakah masalah begini nanti akan berlarutan dan mewujudkan penyakit wanita yang lain juga??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya kami tentang soalan yang berunsur peribadi dan sensitif ini. Oleh itu, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan fakta yang sahih dan tepat.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami. Anda diminta untuk berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan perkara ini berlarutan kerana anda telah mengalaminya sejak dua tahun yang lepas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!