
Sulit
4 tahun
Haid yg tidak teratur dan berlarutan
Hi Saya perempuan berumur 17 thn.sy ada masalah dgn kitaran haid Sy yg berlarutan sehingga 2 3minggu.warna darah yg pekat tetapi tidak berketul ketul dan dy keluar dlm kuantiti yg byk.sebelum ni penah jdi tapi x begitu lama seperti Kali Ni.Adakah Sy ad masalah dgn rahim atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggku kitaran haid
- Umur: Golongan remaja dan perimenopaus kadangkala mengalami masalah haid tidak teratur
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Tekanan emosi atau stres
- Jadual kerja atau aktiviti harian yang terlalu padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah kelenjar pituitari atau tiroid
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada keadaan anda ini disebabkan hormon ataupun disebabkan oleh struktur rahim yang tidak normal. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Kami galakkan anda untuk merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.