Sulit
4 tahun
Hamil 10 minggu tp nampak kantung sahaja
Saya hamil 10 minggu. Tadi baru sahaja balik dari klinik kesihatan ibu anak dan scan, tapi nampak kantung sahaja. Masa scan 7 weeks hari tu pun sama. Jadi doctor td cakap saya kena tggu lagi 2 minggu dan scan lagi. Kalau tak ada jugak, kenak scan yg pakai transvaginal tu.
Lepas balik dari klinik tu, saya ke klinik swasta utk mengesahkan scan saya tu. Doc di klinik swasta tu terus cakap saya ni blighted ovum dengan confident nya. Then dia suruh saya clearkan.
Apa patut saya buat? Tunggu 2 minggu utk scan transvaginal atau clearkan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, anda dinasihatkan untuk mengikuti prosedur yang disarankan oleh klinik kesihatan anda. Hal ini kerana sekiranya tiada pendarahan berlaku mahupun tanda-tanda keguguran, maka kehamilan anda tidak dikategorikan sebagai berbahaya. Oleh itu, anda disarankan untuk menunggu temu janji yang seterusnya dan dari situ, anda boleh ambil langkah-langkah yang bersesuaian dengan saranan doktor klinik/hospital. Sekian