Sulit
3 tahun
Hamil 10week tapi scan nampak kantung sahaja
Hai … boleh tak terangkan normal ke kalau hamil 10week tapi bila scan tak nampak baby … first pregnancy … sy betul2 risau … sy ada prgi KK dan KK cakap kandungan tak jadi tapi hati kuat mngatakan anak sy masih ada sbb tiada pendarahan serius pun … tolong saya Anak sy masih ada kan cuma lmbt nmpk ???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan maklumat yang terhad ianya tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Namun begitu, saya nasihatkan anda untuk melakukan scan seterusnya dahulu pada konsultasi dengan doktor berikutnya. Tanpa melakukan scan yang seterusnya sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Buat masa ini, elakkan diri daripada stres kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan kandungan. Mengenai perihal potensi kandungan jadi atau tidak, ianya memerlukan pemeriksaan komprehensif mengenai masalah ini, sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih