
Sulit
4 tahun
Hamil 20 minggu,Kurang gerakan bayi dalam kandungan
Hai doc… sy hamil 20minggu. Normal kah kalau tidak dirasakan seharian ini. Walhal kemarin baby sangat aktif didalam perut. Atau adakah masa2 baby tidak menendang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pergerakan bayi pada trimester kedua biasanya tidak teratur. Namun, anda boleh merujuk kepada pakar obstetrik untuk mendapatkan pendapat mereka sekiranya bayi anda biasanya sangat aktif. Ini boleh menjadi petanda untuk masalah yang serius seperti keguguran, terutamanya jika anda mempunyai sejarah penyakit kronik. Anda boleh klik link ini (Book appointment) untuk bercakap dengan panel pakar obstetrik kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.