
Sulit
3 tahun
Hamil 37 minggu dan skit pinggang srta bwah prut contruction brlku 5 kli dlm shri normal ke
hamil 37 minggu dan skit pinggang, ari2 srta bwah prut. contruction brlku 5 kli dlm shri normal ke. dan sya juga mglmi slipdsc perlu ka sya ke hospital segera

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, definisi sakit contraction bersalin akan diikuti oleh:
- sakit pada bahagian rahim yang bertahan selama 45-60 saat dan kurang 5 minit antara kesakitan
- bersama atau tanpa air ketuban pecah
- bersama atau tanpa kepala bayi keluar
Namun, jika risau sakit pada ari-ari adalah masalah yang lebih serius, sila berjumpa dengan doktor.
Amat penting bagi anda untuk membezakan sakit pada bahagian pinggang. Sakit ini boleh disebabkan oleh kehamilan atau penyakit slipped disc anda. Jika sakit ini menyebabkan kebas pada kaki atau tidak dapat jalan, sila pergi ke hospital.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.