
niknaema1401
4 tahun
Hamil 4minggu dan telah mengambil ubat turun darah
Salam. Saya berumur 28 tahun. Baru-baru ni saya telah check UPT dan sy hamil 4minggu. Saya sangat tertekan kerana anak pertama saya baru berusia 8bulan. saya sangat tertekan dan telah mangambil ubat turun darah (pil tuntas sebanyak 4biji) semalam. Namun setelah berfikir dan berbincang dengan suami kami mengaku ini adalah kesalahan kami berdua kerana hanya merancang sendiri. Suami banyak menenang dan menasihati saya. Ini rezeki pemberian Allah. Saya terima dengan hati terbuka. Kini saya sangat menyesal dengan perbuatan saya. saya sangat risaukan keadaan bayi dalam perut saya. Ada x sebarang kesan buruk pada kandungan saya doktor? setakat ni Saya tidak mngalami sebarang pendarahan atau kesakitan. Tarikh akhir saya period 24/8/19.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami tidak mengetahui tentang pil tuntas yang dimaksudkan puan.
Berdasarkan keterangan yang puan berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.