
iffakamalludin19
5 tahun
Hamil 5 mggu Dan berdarah
Salam doctor, saya disahkan hamil 5 mggu 4 hari ketika saya melakukam check up di clinic pada 07hb sept , tetapi pada 08hb sept, saya mendapati ada tompokan darah bewarna merah, pada waktu malam ketika hendak membuang air kencing, saya dapati ada sesuatu yg kelihatan tebal Dan bewarna seperti darah pekat, saya Cuba utk cuci tp darah tidak tggl darinya, saya risau takut apa2 jadi pd kandungan, suami belikan syaa pregnancy test Dan saya mengujinya pun masih ada terdapat 2 garisan, boleh Dr terangkan apa yg terjadi keatas saya Dan sbb kenapa ianya terjadi? Adakah betul cara saya dgn menguji semula pregnancy test kit utk memastikan bahawa kandungan masih okay?
Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan ketika awal kehamilan ini boleh disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Polip atau fibroid dalam rahim
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana hasil ujian yang dilakukan sendiri mungkin tidak tepat dan jika berlaku keguguran, hasil ujian air kencing masih boleh menunjukkan keputusan positif. Sekian.