
Anonymous
5 tahun
Hamil 5 minggu nampak kantung saja
Salam Doktor …umur saya 39 buat test kehamil positif bila gi scan cuma nampak kantung sahaja…dan keluar dari sikit sikit apabila saya buang air kecil kadang cam keluar darah kotor bersama lendir…doktor sarankan ambik ubat duphaston…adakah keadaan ni normal …makin fikir makin stress saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ubat duphaston biasanya digunakan secara meluas untuk wanita hamil yang mempunyai masalah yang kemungkinan dapat mengancam kandungannya serta golongan wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka.
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat,tidak melakukan akitiviti yang berisiko dan menjaga emosi anda supaya kandungan anda sihat. Anda juga diminta untuk mengikut arahan doktor dengan mengambil ubat pada waktu tertentu dan mengikut susulan rawatan doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.