
Sulit
3 tahun
Hamil 6 minggu di usia 44 tahun dan menghidap penyakit darah tinggi
Saya hamil 6 minggu di usia 44 tahun.Namun disebabkan saya menghidap penyakit darah tinggi, maka saya ingin menggugurkan kandungan.Bantu saya doktor apa yang perlu saya lakukan sama ada saya perlu ambil ubat untuk gugurkan kandungan atau ada cara lain untuk saya lakukan agar tidak memudaratkan diri saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami situasi anda yang hamil dalam masa yang sama mempunyai masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Memandangkan anda mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi dan ditambah pula dengan faktor umur, anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.