
Sulit
3 tahun
Hamil 6 minggu rasa sakit perut
Isteri saya hamil 6 minggu.
Apabila scan dapati kantung beliau kosong tapi besar.
Pada hari ini 1 okt 2021 beliau mengalami sakit perut dan belakang. Adakah isteri saya mengalami tanda - tanda keguguran?adakah kandungan isteri saya normal atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, yang dimaksudkan dengan kantung kosong adalah apabila kantung gestational berkembang tanpa pembangunan sebarang struktur embrio (gabungan telur dan sperma yang akan membentuk janin). Keadaan ini juga dikenali sebagai blighted ovum.
Pada kehamilan yang normal, di minggu pertama sehingga kelapan, hal berikut seharusnya telah terjadi:
- Placenta mula terbentuk. (Plasenta ini yang dikenali sebagai kantung)
- Otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
- Tisu-tisu yang akan membentuk jantung mulai berdenyut. Justeru, denyutan jantung boleh dikesan dengan ultrasound pada seawal 6 minggu kehamilan.
- Mulai tumbuh benjolan yang akan membentuk anggota tangan dan kaki.
- Mata, telinga, dan hidung mula berkembang. Kelopak mata terbentuk, tetapi tetap tertutup.
- Alat kelamin mulai berkembang.
- Menjelang akhir minggu kelapan, semua organ dan sistem badan utama telah mula berkembang.
Justeru, apabila dari scan mendapatkan kantung kosong, hal ini bermaksud hanya plasenta yang terbentuk. Bahagian-bahagian lain pada janin seperti otak, benjolan anggota, mata, hidung, jantung dan lain-lain gagal berkembang. Memandangkan hormon yang digunakan oleh alat UPT untuk mendeteksi kehamilan diproduksi oleh kantung (plasenta), maka hasil UPT pada kes blighted ovum adalah positif.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan